Pendakwaan Politik Zaman PH Diteruskan PN. Saya tahu, Anda Tahun & Kita semua tahu.

 

Ya, saya tahu berlaku pendakwaan politik ketika zaman PH dan diteruskan pada zaman PN. Saya tahu. Kita semua tahu.

Sebagai contohnya tahun 2019, balu kepada Allahyarham YB Abdul Manan (MP UMNO Paya Besar), disiasat SPRM dan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan semula dana sebanyak RM270 ribu yang didakwa sebahagian dari dana 1MDB.

Yang belanja tu suami dia. Yang dituntut adalah balu dan anak-anaknya. Duit pun dah habis diguna sama ada bagi tujuan politik atau kebajikan rakyat jelata

Tapi akhirnya kerajaan berjaya lucuthak RM265ribu yang masih ada dalam akaun Allahyarham selepas si mati tidak lagi mampu mempertahankan dirinya di mahkamah. Bila? Jun 2020 ketika PN memerintah
Di bawah adalah gambar Rohizah Ahmad, balu Allahyarham YB Abdul Manan Ismail.

Bukan salah hakim kerana hakim hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang ada. Tapi tergamaknya kerajaan hari ini meneruskan tindakan tersebut yang semacam tidak menghormati hak perwarisan harta menunjukkan mereka (bukan semua) dan PH seolah tak ada beza.

Kami tahu.
Kami tahu macammana DS Najib Razak dibekukan akaun pada zaman PH kemudian diarah bayar tuntutan cukai RM1.6bilion. Bayar dulu baru cerita kat mahkamah.

Kepala otak dia. Nak bayar macammana kalau pergi ATM tak boleh keluar duit.

Tapi tuntutan ini masih diteruskan kerajaan sedia ada.

Kami tahu
Tapi bila tuan-tuan segelintir pemimpin UMNO ini menggunakan naratif kezaliman kepada diri sendiri sebagai salah satu asas meminta pilihanraya, sentimen rakyat awak nak letak kat mana?

Kalau begitu apa bezanya tuan-tuan dengan PKR pada awal penubuhannya? Memanglah PKR ketika itu ada banyak manifesto dan polisi yang mereka tawarkan.

Tetapi yang orang tahu adalah perjuangan mereka untuk bebaskan Anwar saja. Letak Anwar jadi PM sahaja. Sebab itu perkara yang paling senang diingat dan senang juga dimanipulasi musuh.

Akhirnya PKR cuma tinggal satu kerusi pada PRU 2004.

Kami rakyat ni toksah kata nak berkorban beratur mengundi. Disuruh angkat parang korbankan diri pun sanggup jika benar itu boleh menyelamatkan agama dan kedaulatan negeri.

Apa perjuangan dan tindakan tuan-tuan mestilah dilihat people-centric. Dilihat mementingkan rakyat. Baru rakyat suka. Baru rakyat lembut bicara.

Banyak lagi kelompangan kerajaan yang ada. Janji buat Keretapi Laju dalam Belanjawan tapi akhirnya batalkan. Janji permudahkan pengeluaran KWSP tapi akhirnya sembang. Polisi Ekonomi tak tahu kat mana, dasar kerajaan PH pula yang diteruskan.

Yang jadi buruk nama tuan-tuan semua lah. UMNO dan PAS. Duduk dalam kerajaan tapi tak ada kuasa.

Puluh tahun dalam politik takkanlah kawalan sentimen ini pun kita nak kena tolong cerita?

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker