Harga kereta rasmi KM PP boleh beli makanan untuk 9,162 keluarga

Terkini di My KMU !!!!---->

HARGA Mercedes S560e untuk kegunaan Ketua Menteri yang berharga RM458,122.78 boleh digunakan untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di seluruh Pulau Pinang.

Beliau menegaskan, pembelian kenderaan tersebut memperlihatkan Kerajaan Negeri tidak sensitif dan prihatin terhadap rakyat Pulau Pinang yang sedang menderita kesan penularan pandemik Covid-19.

“Nilai harga kereta tersebut cukup untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di seluruh Pulau Pinang.

“Ini sangat-sangat berbeza dengan sikap Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Perikatan Nasional yang lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat dengan pengenalan pelbagai bentuk skim dan bantuan kepada golongan rentan.

Yusni turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan peruntukan membeli kenderaan mewah itu untuk membantu 5,443 orang yang diberhentikan kerja di negeri tersebut.

Tegas beliau Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang seharusnya menangguhkan dahulu hasrat membeli kereta rasmi baharu dan memberikan penumpuan kepada soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat ketika ini.

Bagaimanapun beliau kesal selepas Kerajaan Negeri memilih untuk berbelanja demi untuk tuntutan sendiri.

“Jawapan yang saya dapat dalam sidang dun lepas bahawa seramai 5,443 orang diberhentikan kerja manakala 8 hotel terpaksa ditutup di Pulau Pinang sepanjang musim COVID-19. Mengapakah peruntukan yang ada tidak mengutamakan mereka ini dahulu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang pada 7 Januari lalu mengumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang telah dibekalkan dengan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi menggantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

Pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 November 2019.

Menurut kenyataan itu, tarikh pembelian Mercedes S560e adalah pada 31 Disember 2020 dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78, iaitu penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal-SM

Leave a Reply