Pesawat Sriwijaya Air Terputus Hubungan Selepas Berlepas – Siaran Langsung Kompas.TV
Pesawat model Boeing 737 tersebut dilaporkan terputus hubungan pada jam 2.40 waktu tempatan ketika melintas ruang udara di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
“Saya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dan masih memeriksa data-data berkaitan.
“Saya akan maklumkan perkembangan terkini nanti,” kata Pengurus Perhubungan Awam Airnav Indonesia, Yohanes Sirait ketika diminta pengesahan.
Maklumat awal menyatakan bahawa pesawat berkenaan membawa 56 penumpang yang terdiri dari 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.
Pesawat dikatakan berlepas dari Jakarta sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan.
Belum dapat dipastikan jumlah penumpang dan krew dalam pesawat berkenaan.
Masih terlalu awal untuk memperincikan nasib pesawat berkenaan, namun pada saat ini proses siasatan sudah dimulakan dan pihak Kementerian Pengangkutan negara itu sedang berkoordinasi dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) serta Jawatankuasa Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT).
Dalam perkembangan berkaitan, sekitar jam 6 petang waktu tempatan, saluran berita Kompas TV sudah melaporkan tentang penemuan ‘serpihan’ di perairan Kepualauan Seribu.
Sumber: Detik.com
SECARA LANGSUNG DARI KOMPAS.TV
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=gIB2egm7tL8[/embedyt]
You must be logged in to post a comment.