ADUN Nenggiri, Ketua Pemuda UMNO Gua Musang positif Covid-19

Sebaran :

GUA MUSANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff bersama Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif Covid-19.

Mohd. Azmawi Fikri (kiri) bersama Ab. Aziz Yusoff (tengah) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang Rabu lalu.

Merujuk hantaran di Facebook Mohd. Azmawi Fikri, beliau mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Mohd. Azmawi Fikri memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Katanya, dia memohon doa supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan.

“Saya mohon maaf di atas kekhilafan. Semoga Allah permudahkan segalanya.

“Saya berdoa supaya semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya.

Mohd. Azmawi Fikri terbabit dengan beberapa program pada Rabu lalu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff membantu penduduk yang terlibat dengan bencana banjir di Kampung Jeram Tekoh, Kampung Bertam Baru dan Kampung Pasir Tumbuh di sini.

Difahamkan beliau bersama Ab. Aziz telah ke Hospital Kuala Krai bagi menjalani rawatan dan kuarantin hari ini.

Sementara itu, ADUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, dia bersama ADUN Paloh, Amran Arifin telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Katanya, mereka berdua juga merupakan kontak rapat dan akan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.-K! ONLINE


Sebaran :

Leave a Reply