[VIDEO] “Baru Betul Lesen Agong!” -Tuanku Cemar Duli Ziarah Rakyat Masa Banjir Dan Santai Bonceng Motor Penduduk Kampung

Umum sedia maklum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan mencemar duli menziarahi kawasan-kawasan yang dilanda banjir khususnya di Pahang sejak beberapa hari yang lalu.

Santuni rakyat jelata tumpang motor penduduk

Baginda bukan sahaja memantau keadaan banjir terkini tetapi turut menghulurkan bantuan dan memasak makanan buat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.

Selain daripada itu, baginda Agong turut masuk ke dalam kampung untuk melihat rakyat-rakyat Pahang yang menjadi mangsa banjir. Video pertemuan baginda dengan rakyat telah tular  selepas laman Instagram Tuanku Permaisuri dan Facebook Info Roadblock JPJ/Polis memuat naiknya di laman sosial.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cwS00R_fNr0[/embedyt]

Ni baru betul lesen Agong

Apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan baginda yang hanya membonceng motosikal penduduk kampung bagi menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis.

Nasib tak  terlupa dah masuk gear

Kenangan paling best bila dapat bawa Agong

Bertuah budak tu Tuanku Agong pegang bahu dia

Video yang diperoleh daripada En Ahmad Eiazar Bin Sharuddin itu dikongsikan di Instagram  Tuanku Permaisuri Agong dan  telah mendapat lebih daripada 202 ribu tontonan dan ratusan komen sejak dimuat naik dan juga dari laman Facebook  Info Roadblock JPJ/Polis telah mendapat lebih daripada 10 ribu tanda suka dan ratusan komen.

KDYMM Baginda Agong telah menziarahi daerah-daerah di Pahang yang sedang dilanda banjir buruk dengan memberikan bantuan dan juga sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana sejak beberapa hari yang lalu.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis dan  Instagram AirTanganTunkuAzizah OHMyMedia

[VIDEO]”Part Time” Bantu Jual Nasi Lemak Peniaga Jalanan, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Dipuji Rakyat dan Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker