[VIDEO]” Lelaki Harus Kuat Jat” – Netizen😂 Nur Sajat Menangis Teresak Esak, Tangannya Digari Cetus Pelbagai Spekulasi Dan Misteri

Terkini di My KMU !!!!---->

Menerusi hantaran di laman Instagram pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, kelihatan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman menangis dalam video tersebut.

Tangan Sajat Digari Cetus Pelbagai Spekulasi 

Video Player

Lebih mengejutkan, di dalam video itu juga tangan Sajat telah digari sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi daripada warganet yang menonton video tersebut. Bagi Diva AA sendiri dia beranggapan video yang dirakam oleh Nur Sajat itu merupakan ujian dari Allah.

Ohh Tuhannnnnn #BilaAllahUji.. tulisnya ringkas dalam hantaran tersebut

Nafi Hanya Lakonan

Sementara itu, menerusi carian Murai.my video tersebut mulai tular di media sosial, yang mana rata-rata turut terkejut dengan kejadian tersebut. Malah rakan baik usahawan ini yang dikenali sebagai Mokkay turut menafikan ianya adalah lakonan semata-mata.

Dalam sebuah hantaran di laman Facebook yang didaftarkan atas nama ‘Sajat’ dipercayai akaun kelab peminatnya terdapat sebuah video berdurasi 1.48 saat yang memperlihatkan Sajat hanya menangis teresak-esak tanpa mengetahui puncanya.

Sebagai rekod, hantaran terakhir yang dimuatnaik oleh Sajat di Instagram miliknya adalah pada 2 hari yang lalu-Murai.my

Leave a Reply