Penghantar makanan maut dirempuh lori

Penghantar makanan maut dirempuh lori

PENAMPANG: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh lori di Jalan Papar Lama, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 tengah hari tadi, mangsa berusia 33 tahun yang juga anggota Sukarelawan Simpanan Polis disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan menghantar makanan, sebelum tiba-tiba dirempuh lori yang terbabas dari laluan bertentangan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan.

“Pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas ke tengah pembahagi jalan dan terus memasuki laluan bertentangan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal terus dirempuh sebelum diseret beberapa meter sehingga memasuki parit di tepi jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Haris berkata, pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Haris menasihatkan orang awam tidak menularkan rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan mengelakkan siasatan terjejas. FMT

Penghantar makanan maut dirempuh lori


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kereta lawan arus rempuh motosikal penghantar makanan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker