Tok Pa sanggah Najib, Tiada Kronisme

 

PETALING JAYA: Seorang menteri kabinet menafikan spekulasi bahawa pemimpin kerajaan mahu melantik kroni menerusi rundingan terus untuk Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura.

Sebaliknya, kerajaan bersetuju projek itu akan dilaksanakan berdasarkan tender terbuka, kata Mustapa Mohamed, menteri hal ehwal ekonomi dalam temu bual disiarkan di televisyen.



“Ini sudah dipersetujui, jadi spekulasi bahawa kita sudah memilih syarikat (yang akan melaksanakan projek) tidak timbul,” katanya dalam temu bual di Astro Awani.

Tambahnya, kerajaan akan melaksanakan kajian lebih menyeluruh untuk alternatif lain kepada HSR itu, susulan spekulasi bahawa Malaysia bersetuju untuk projek KL-Johor Bahru dengan kereta api berkelajuan sederhana.

“Kajian lebih terperinci akan dijalankan berhubung arah tuju projek itu di masa akan datang, untuk memastikan sebarng keputusan dibuat adalah demi kepentingan negara,” katanya.

Tambahnya, keputusan membenarkan perjanjian dua hala dengan Singapura luput pada 31 Dis juga berdasarkan kajian mendalam. Kerajaan menganggap lebih baik mencadangkan model baru untuk projek itu bagi melindungi kepentingan negara dan menjimatkan duit rakyat.



Kronologi Projek HSR Singapura-Kuala Lumpur. Ini Yang Anda Perlu tahu

Mengikut perancangan asal, projek HSR KL-Singapore dilakukan menerusi model Syarikat Aset (Assets Co). Laporan menyebut AssetsCo bererti pemain industri yang terbaik yang akan dilantik menerusi sistem tender antarabangsa yang terbuka dan telus untuk membekalkan sistem kereta api, mengendalikan rangkaian, serta memastikan kepentingan sewajarnya diberikan untuk perkhidmatan merentas sempadan HSR dengan perkhidmatan domestik Malaysia.

AssetsCo juga bertanggungjawab kepada kedua-dua kerajaan.



Mustapa berkata, kajian mendapati model AssetCo terlalu mahal terutama memandangkan Malaysia masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

Tambahnya, kerajaan akan mengumumkan jumlah pampasan yang akan dibayar kepada Singapura sebaik jumlahnya dipersetujui.

Menteri pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung berkata republik itu membelanjakan lebih S$270 juta dalam persiapan projek HSR itu setakat ini.

Mustapa berkata, kerajaan percaya jumlah pampasan “jauh kurang” daripada itu. “Kami yakin pampasannya lebih rendah daripada S$270 juta. Malah jumlahnya belum diputuskan. Sebaik diputuskan, kerajaan akan mengumumkannya kerana ini adalah duit rakyat,” katanya



Malaysia wajar kaji semula keputusan batalkan projek HSR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker