Malaysia wajar kaji semula keputusan batalkan projek HSR

PASIR GUDANG – Kerajaan wajar mengkaji semula keputusan membatalkan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bagi mengelak menanggung kerugian yang besar termasuk bayaran pampasan kepada Singapura.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh berkata, penelitian dan kajian baharu perlu dilakukan sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk mendapatkan pandangan.

“Sekiranya dibatalkan begitu sahaja, Malaysia akan merasakan satu kerugian yang kesannya ditanggung kita sendiri bukan sahaja daripada segi kos tetapi juga manfaat ekonomi dan pembangunan daripada projek ini.

“Mungkin projek ini boleh diteruskan dengan kos baharu yang mampu ditanggung kerajaan. Justeru saya harap keputusan projek HSR dapat diteliti untung dan ruginya untuk jangka masa panjang atau pendek.



“Projek ini memberi manfaat termasuk meningkatkan jaringan pengangkutan awam antara kedua-dua negara. Pada masa sama kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat sebab membatalkannya supaya mereka lega dan dapat menerima keputusan ini,” katanya.

 


Che Zakaria melawat rumah penduduk yang terjejas akibat banjir dan menyerahkan bantuan makanan di Kampung Plentong Baru, Masai, Pasir Gudang pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan 600 pek makanan kepada mangsa banjir di Kampung Plentong Baru, Masai di sini pada Ahad.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembatalan projek berkenaan kerana tiada kata putus dapat dicapai antara kedua-dua negara terlibat.



Pada Sabtu, Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, Malaysia perlu membayar pampasan kepada republik itu atas pembiayaan ditanggungnya sebagai sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.

Kronologi Projek HSR Singapura-Kuala Lumpur. Ini Yang Anda Perlu tahu

Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) pada 19 Julai 2016, namun ditangguhkan dua kali pada 15 September 2018 dan 31 Mei 2020, perjanjian projek HSR berakhir pada 31 Disember 2020.

Penangguhan kali pertama menyaksikan Malaysia membayar kos penangguhan sebanyak RM45 juta kepada Singapura, kos keseluruhan asal pembinaan HSR untuk laluan sepanjang 350 kilometer menelan belanja RM110 bilion.-SH

Akhbar China: Malaysia akan terjejas teruk kerana batalkan HSR

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker