Kronologi Projek HSR Singapura-Kuala Lumpur. Ini Yang Anda Perlu tahu

PELAKSANAAN Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura HSR yang disasarkan beroperasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.
Projek sepanjang 350 km itu akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan melebihi 300 km sejam.
Namun, itu hanya perancangan awal setelah projek itu secara rasmi terbatal hari ini.
Ini kronologi pelaksanaan projek mega tersebut:
19 Julai 2016
  • Malaysia dan Singapura tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) projek HSR KL-Singapura
  • Laluan sepanjang 350km itu akan bermula di Bandar Malaysia dan berakhir di Jurong East, Singapura

Malaysia dan Singapura tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) projek HSR KL-Singapura

Malaysia dan Singapura tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) projek HSR KL-Singapura
13 Disember 2016
  • Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala bagi pelaksanaan projek HSR
  • Dijadual siap pada 2026, pendekkan masa perjalanan kepada 90 minit
17 Oktober 2017
  • Kerajaan Malaysia lancarkan Reka Bentuk Konsep Stesen HSR KL-Singapura
  • Setiap stesen beridentiti warisan Malaysia, adaptasikan ciri moden dan futuristik

Antara konsep reka bentuk stesen HSR

Antara konsep reka bentuk stesen HSR
1 November 2017 – 31 Januari 2018
  • Sesi Pemeriksaan Awam Projek HSR dilaksanakan
  • Orang awam, pihak berkepentingan diminta kemuka cadangan, berkongsi maklum balas
  • MyHSR menerima lebih daripada 35,000 maklum balas
  • Difahamkan proses konsultasi dan perolehan tanah fasa 1 telah bermula
5 September 2018
  • Malaysia dan Singapura setuju tangguhkan pembinaan projek HSR
  • Penangguhan adalah sehingga 31 Mei 2020

MyHSR menerima lebih daripada 35,000 maklum balas

MyHSR menerima lebih daripada 35,000 maklum balas
31 Mei 2020
  • Malaysia dan Singapura setuju tangguhkan sehingga 31 Disember 2020
  • Malaysia dan Singapura bersetuju menyambung perbincangan dalam tempoh terdekat
2 Disember 2020
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan secara maya bersama Lee Hsien Loong
  • Malaysia dan Singapura akan terus perbincangan, usaha capai persetujuan bagi manfaat kedua-dua negara

Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan secara maya berkenaan hala tuju projek HSR pada awal Disember 2020



Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan secara maya berkenaan hala tuju projek HSR pada awal Disember 2020
1 Januari 2021
  • Perjanjian Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura berakhir pada 31 Disember
  • Projek tersebut terbatal secara sendirinya
  • Malaysia-Singapura akan patuhi syarat, tindakan yang perlu akibat penamatan perjanjian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker