Lelaki Gali Kubur, Tanam Diri Sendiri Kerana Terdengar ‘Bisikan’…Misteri Nusantara
Tular di media sosial, seorang lelaki bertindak menggali dan menanam diri sendiri di tanah perkuburan awam berdekatan Kota Tegal, Indonesia selepas dipercayai terdengar ‘bisikan’ yang ghaib. Menurut pihak polis tempatan, lelaki yang dikenali sebagai Wawan Febriyanto, 23 tahun, itu dipercayai mengalami gangguan jiwa.
Terdengar ‘bisikan’
Foto: Detik News
Menurut laporan yang dipetik dari Detik News, sebaik sahaja menerima laporan daripada penduduk tempatan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Tegal Selatan, Sertu Dasrim berkata, kejadian itu terjadi pada Rabu lalu.
Ketika beliau tiba di tempat kejadian, keadaannya ketika itu sudah masuk ke tanah kira-kira 70cm dan hanya menampakkan kepala dan setengah badannya sahaja. Dasrim berkata, mangsa masih boleh bercakap dan menjawab soalan apabila ditanya walaupun setengah badannya sudah tertanam dalam kubur.
Menurutnya, lelaki itu menggali tanah kubur itu sendiri dengan menggunakan tangan kerana tidak dapat mencari peralatan menggali di sekitar tempat kejadian. Pihak polis akhirnya berjaya mengeluarkan Wawan dari kubur itu selepas memujuknya. Susulan itu, Wawan dibawa ke rumahnya di Kampung Kepandean.
Selepas ditanya, Wawan berkata dia menanam diri sendiri kerana terdengar bisikan dan ingin kembali ke alamnya. Menurutnya, dia sudah meninggal dan dihidupkan kembali oleh Tuhan- OhBulan
Sumber: Detik News.
You must be logged in to post a comment.