[VIDEO] Lelaki Putus Harapan Selepas Disahkan Menghidap Kanser.. Nekad Gali Dan Duduk Dalam Kubur Menanti Ajal

Seorang lelaki warga emas dari China menderita penyakit barah limfoma, bertindak menyembunyikan dirinya dalam lubang kubur selepas hilang harapan untuk pulih daripada penyakitnya itu.

Lelaki Putus Harapan Selepas Disahkan Mengidap Kanser Nekad Gali Dan Duduk Dalam Kubur Menanti Ajal

Menurut Daily Mail, lelaki berusia 79 tahun itu telah mengupah penggali kubur untuk menggali kuburnya kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk menanggung penyakit tersebut.

 

Beliau juga sudah melakukan pelbagai rawatan bagi merawat penyakit itu, namun segala usahanya gagal.

Ketika tahap kesihatannya menjadi semakin teruk, lelaki itu mengambil keputusan untuk duduk dalam lubang kubur supaya kematiannya nanti tidak menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya.

VIDEO DIBAWAH:-

 

Bagaimanapun, beliau telah diangkat keluar daripada lubang tersebut oleh sekumpulan pegawai polis pada Sabtu di wilayah selatan Hunan, China.

Kejadian itu mendapat perhatian selepas klip rakaman lelaki tersebut diselamatkan menjadi tular di internet.

Sumber . DailyMail

Maut terlanggar tembok pagar kubur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker