Sindiket Macau Scam beli hartanah, labur mata wang kripto RM336 juta

Polis berkata, modus operandi terbaru yang digunakan sindiket Macau Scam itu memasukkan wang ke beberapa lapisan dan sebahagian hasil penipuan turut dilaburkan dalam mata wang kripto. (Gambar AFP)

JOHOR BAHRU: Polis membongkar satu sindiket berkaitan Macau Scam yang dikesan menggunakan hasil penipuan untuk membeli hartanah dan melabur dalam mata wang kripto berjumlah RM336 juta.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti sindiket itu diketahui selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa penipuan di Pontian dan Nusa Bestari membabitkan kerugian RM2.31 juta.

“Hasil siasatan lanjut ke atas syarikat pemaju itu mendedahkan sejak Jun 2020, syarikat pemaju itu menerima pembayaran sebanyak RM25 juta daripada 91 akaun (18 akaun individu dan 73 akaun syarikat).

“Pembayaran ini sebahagian daripada harga pembelian 100 unit kondominium mewah dan komersil di Georgetown, Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media.



Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah mewujudkan beberapa lapisan akaun keldai untuk melakukan transaksi kewangan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Modus operandi yang digunakan ini adalah yang terbaru bagi sindiket penipuan Macau Scam.

Bagaimana Dato’ Seri ‘Debab’ boleh lompat pagar?



“Selain memasukkan wang ke beberapa lapisan, sebahagian wang penipuan turut disalurkan untuk jual beli mata wang kripto.”

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor menahan 12 pengarah syarikat terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 29 hingga 68 tahun di sekitar Pulau Pinang serta Kuala Lumpur antara 3 hingga 21 Dis lalu.

“Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan atas jaminan polis dan kita sedang mengesan tiga suspek dikehendaki.”

Tiga suspek itu ialah tiga beranak warga tempatan dan dalang utama, iaitu bapa berusia 55 tahun yang mempunyai rekod jenayah dan dipercayai melarikan diri ke Thailand, serta dua anaknya berumur 32 dan 30 tahun dipercayai masih berada dalam negara.



Dalang utama itu dikesan membeli hartanah terbabit daripada sebuah syarikat pemaju terkemuka di Pulau Pinang menggunakan nama dua syarikat dikendalikannya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara satu hingga 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda atau kedua-duanya.

Scammer jual nama kwsp i-Sinar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker