Muhyiddin menipu lagi, Internet tidak pernah lupa – Najib

Nak tipu pun perlu tahu bahawa internet tak lupa.
Dia dipecat bukan sebab dia soal 1MDB.
Melainkan Mukhriz menipu mahkamah, Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 sebab dia sudah berkomplot bersama Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 – jauh sebelum 1MDB menjadi isu.
“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” kata Mukhriz dalam keterangan di Mahkamah Tinggi.
“13 Julai 2017: Mukhriz Mengaku Mahathir, Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib”
Lalu setahun kemudian, dia dipecat dari UMNO pada Mei 2016 sebab melanggar disiplin parti setelah dia hadir acara bersama pembangkang pada Mac 2016.
Mac 2016: Acara pembangkang bersama Muhyiddin.
June 2016: MT UMNO pecat Muhyiddin, Mukhriz; gantung Shafie
Selepas dia dipecat sebagai TPM dan sebelum dia dipecat dari UMNO, dia pernah memberitahu mesyuarat MKT UMNO bahawa dia tidak ada masalah bahawa akaun presiden ada dana yang besar sebab ini memang amalan biasa dari dulu lagi.
Tanya dia suara siapa ini, bila ini dan mesyuarat apa ini:
https://youtu.be/ZxM-Vri8acM



Sudah-sudahlah nak menipu. Bukti semua ada.
Tanya dia:
Adakah dia khianat Pak Lah adalah sebab 1MDB?
Dia khianat Pak Lah, dia naik dari Naib presiden menjadi TImbalan presiden dan timbalan perdana menteri.
Adakah dia khianat Mahathir dan PH sehingga kerajaan jatuh adalah sebab 1MDB?
Dia khianat Mahathir dan PH dan dia naik dari Menteri KDN menjadi Perdana Menteri.
Sehingga kini pun dia tidak berani mengaku suara dalam rakaman audio “scheme of things” di mana dia rancang untuk sogok dan beli ahli-ahli UMNO adalah suara dia.
Tanya dia lagi. Suara siapa ini, bila ini dan mesyuarat apa ini:
Masa itu dia mahu berpakat dengan UMNO untuk naikkan dia sebagai PM tetapi pada masa yang sama dia rancang untuk khianat UMNO dengan sogokan.
Kenapa dia tak berani mengaku?
Sebab sogokan adalah jenayah juga. Terus dia masuk dalam kluster mahkamah.
Najib Razak
Muhyiddin menipu lagi, Internet tidak pernah lupa – Najib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker