Hampir tak jumpa cari rumah sendiri


Kluang: Sebuah keluarga sembilan beranak di Kampung Contoh di Pekan Kahang, di sini, berdepan kerugian puluhan ribu ringgit apabila rumah mereka ditenggelami air hingga ke paras bumbung.

Sura Othman, 31, berkata, dia tidak menyangka banjir tahun ini mengulangi kejadian serupa pada 2006 dan 2007.

Katanya, kebiasaannya banjir di Kampung Contoh itu hanya sekitar 1.2 meter sahaja dan hanya sampai ke halaman atau pintu rumah sahaja.

“Waktu kami tinggalkan rumah untuk berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) air hanya sampai sedalam 0.9 meter sahaja menyebabkan kami tidak bercadang untuk meletakkan semua perabot dan barang elektrik ke tempat tinggi.



“Namun apabila pulang dengan menggunakan bot gentian kaca hari ini, saya terkejut dan hampir tidak menemui rumah kerana ditenggelami air sedalam kira-kira 4 meter,” katanya.

Sura berkata demikian ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan yang membuat tinjauan ke PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, dia hampir menangis mengenangkan kerugian bakal ditanggung kerana ketika banjir kira-kira 13 tahun lalu, perkara sama berlaku dan memerlukan masa panjang untuk pulih semula.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, mangsa dinasihatkan tidak pulang ke rumah selagi keadaan masih belum selamat.



Beliau berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya mereka pergi tanpa pengawasan pihak keselamatan ketika keadaan air masih dalam dan deras.

“Pasukan keselamatan yang bertanggungjawab di setiap PPS hanya akan membenarkan mereka pulang apabila air benar-benar surut serta tidak membahayakan penghuninya.

“Paling penting, apabila dibenarkan pulang nanti pastikan tidak terus masuk ke dalam rumah tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu kerana bimbang binatang berbisa menyorok di tempat tersembunyi,” katanya. HM

Anwar jumpa Muhyiddin dengan Hamzah bawa agenda reformasi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker