Pakar bimbang himpunan besar orang ramai semasa cuti umum

 

PETALING JAYA: Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan berhubung pelanggaran terbuka prosedur operasi standard (SOP) COVID 19 semasa cuti umum baru-baru ini.

Bercakap kepada FMT, pakar terbabit memberi amaran bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) lebih ketat mungkin dilaksanakan bagi menghadapi peningkatan jumlah kes COVID-19.



Pada ambang Tahun Baharu, tular di media sosial gambar memperlihatkan orang ramai berkumpul di KLCC dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur walaupun Putrajaya mengumumkan pembatalan pertunjukan bunga api tahunan di situ, selain menggesa orang ramai hanya menyambutnya di rumah atau bersama keluarga.

Sejak Krismas lalu, Malaysia mencatatkan kes tertinggi COVID-19 bermula dengan 2,335 kes tujuh hari lepas dan 2,525 kes pada hari terakhir tahun 2020.

Ketua eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Khalib berkata, pemerhati sepertinya memang menjangka berlauknya “lonjakan besar” kes baru susulan sambutan cuti perayaan.

Beliau berkata, perkara itu mungkin berlaku sepanjang tempoh dua minggu lagi, dengan mengambil kira tempoh inkubasi 14 hari wabak itu.



“Ini akan memberi tekanan ke atas sistem kesihatan awam. Ia bakal menjadi tekanan besar ke atas keupayaan kita mengurus wabak itu,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu melalui tempoh yang panjang dalam perang menentang wabak itu.

Katanya, walaupun negara dijangka menerima bekalan vaksin pada suku pertama tahun ini, ia tidak bermakna kita akan segera kembali seperti sedia kala.

“SOP perlu untuk diteruskan sehinggalah sasaran liputan dicapai. Kita perlukan masa beberapa tahun sebelum keadaan pra-COVID-19 dinikmati semula,” katanya.



Pengerusi Malaysian Medics International Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam berkata, “sangat membimbangkan apabila melihat begitu ramai orang berkumpul”.

Siasat Tun M, LGE dan Tommy : Ketua Penerangan Pas

Namun katanya, keadaan itu boleh difahami kerana orang ramai perlukan sedikit keseronokan setelah melalui tahun yang sangat luar biasa dan sukar.



Katanya, beliau sendiri sebelum ini percaya pelaksanaan PKP secara drastik bukanlah usatu keperluan, tetapi kini percaya peratiran itu mungkin tidak dapat dielakkan dalam menghadapi peningkatan cepat kes baharu.

“Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sekarang tidak berkesan. Saya faham kerajaan perlu mengekalkan keseimbangan antara kesihatan awam dan ekonomi.

“Pelaksanaan semula PKP akan memberi kesan buruk ke atas ekonomi negara. Tetapi ia terbukti berguna dan akan berkesan sekali lagi,” katanya.

Beliau turut menggesa Putrajaya supaya melaksanakan SOP lebih standard bagi menangani wabak itu tahun ini.



Katanya, banyak garis panduan yang digunakan sebelum ini “tidak kemas” dan kerap berubah-ubah.

Bekas timbalan ketua pengarah kesihatan Dr Christopher Lee berkata, tidak dinafikan orang ramai kini “sudah keletihan” dengan wabak itu, namun beliau menggesa supaya mereka tetap berhati-hati kerana bilangankes semakin meningkat dan terdapat banyak kluster baharu di seluruh negara.

Beliau turut menyebut mengenai ancaman mutasi COVID-19 yang lebih berbahaya yang dikesan di Britain dan Afrika Selatan.

“Walaupun varian ini belum dikesan di sini, namun kita tidak boleh mengangg ia tidak akan sampai ke sini. Ia sekali gus menjadikan SOP kita semakin penting,” katanya.



BN Terus Desak Pemberian One-Off KWSP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker