Tanpa Singapura, HSR tidak lagi bermakna, kata pakar

PETALING JAYA: Pembatalan projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) bermakna Malaysia kehilangan banyak peluang, kata pakar pengangkutan dan kumpulan perniagaan.

Sebarang usaha untuk meneruskan projek itu hingga ke Johor hanya akan menghabiskan dana dan tidak membawa makna apa-apa, malah tidak produktif, kata mereka.

Bercakap kepada FMT, juruperunding veteran Goh Bok Yen dan pengarah eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICC) Shaun Cheah berkata, projek keretapi yang tidak menghubungkan Singapura dan Malaysia secara langsung tidak membawa apa-apa makna.



Semalam kerajaan kedua-dua negara mengesahkan bahawa projek itu batal selepas perjanjian dua hala yang dimeterai pada 2016 luput tarikh.

Goh Bok Yen,

Malaysia mencadangkan beberapa pindaan kepada rancangan itu berikutan perubahan kerajaan pada 2018 dan 2020, tetapi gagal mendapat persetujuan Singapura.

Dilaporkan projek keretapi baru KL-Johor Bahru mungkin akan dirancang bagi menggantikan projek HSR KL-Singapura, namun Goh berkata, kesan dan kebolehlaksanaannya dipersoalkan.

“Hujah untuk menghubungkan dua hab ekonomi di rantau ini sangat jelas. Singapura dihubungkan dengan kawasan pedalaman tanah besar, sementara Malaysia memperoleh pintu masuk antarabangsa.



“Tanpa ini, yang ada (keretapi laju KL-JB) hanyalah jajaran domestik yang sama seperti perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) antara dua negeri.

“Ia akan bersaing dengan kemudahan jalan raya dan pengangkutan udara sedia ada.”

Goh berkata, adalah lebih wajar untuk mengetepikan jajaran keretapi baru itu sama sekali dan menggunakan dana itu, yang dijangka berjumlah berbilion ringgit, untuk menambah kapasiti KTMB, memperluas jalan raya, dan menyediakan kemudahan pengangkutan awam lebih baik.

Beliau juga mengongsi kebimbangan bekas perdana menteri Najib Razak sekiranya HSR tidak bersambung secara langsung dengan Singapura, ia akan memberi kesan ke atas kebolehlaksanaannya kerana kelompok penumpang tidak berpunca dari sumber baru seperti Singapura, tetapi hanya dalam kalangan pengguna domestik.



“Salah satu faktor penyumbang penting bagi projek HSR KL-Singapura ialah pelepasan Kastam dan Imigresen tunggal sama ada di Kuala Lumpur atau Singapura bergantung pada titik bertolak. Ini menjimatkan masa, tidak seperti perjalanan dengan kapal terbang.

Dalam pada itu, Shaun Cheah berkata, rasional di sebalik HSR ialah sambungan langsung dengan Singapura. Tanpanya projek keretapi lain tidak bermakna apa-apa.

Shaun Cheah.

“Perjalanan udara antara Kuala Lumpur dengan Singapura adalah yang paling sibuk di dunia. Ini kerana Malaysia adalah sambungan bagi banyak syarikat yang berpusat di Singapura.

“Banyak pelaburan asing langsung masuk melalui Singapura dan banyak pejabat serantau syarikat antarabangsa berpangkalan di sana kerana faktor kemudahan menjalankan perniagaan, kestabilan politik dan dasar yang jelas.”



Bagaimanapun, faktor kos yang lebih rendah di Malaysia menyebabkan banyak syarikat yang berpangkalan di Singapura mengembangkan operasi mereka ke sini.

“Dengan sambungan (HSR), mereka boleh berulang alik setiap hari. Tanpa kemudahan perhubungan terus itu, mereka berdepan penangguhan biasa dengan pengangkutan udara atau darat,” katanya.

Beliau berharap, Putrajaya akan kembali kepada rancangan asal HSR.

Pakar ekonomi, Carmelo Ferlito berkata, Malaysia akan kehilangan banyak peluang ekonomi susulan pembatalan projek tersebut kerana HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura boleh diperluaskan bagi menghubungkan dua negara itu dengan Thailand pada masa-masa akan datang.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker