Mangsa culik lepaskan diri dengan tangan bergari

 

PARIT: Seorang lelaki mangsa culik empat individu melarikan diri dalam keadaan tangan bergari dari kenderaan miliknya yang dilarikan dalam kejadian di Kampung Teluk Perang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa cedera ringan dan calar di beberapa bahagian badan selepas membuka pintu keretanya dan terjun ke arah sebuah masjid di Taiping bagi mendapatkan bantuan orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintenden Nik Rosdi Nik Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan dari Balai Polis Taiping yang memaklumkan mengenai lelaki berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sebelum itu memandu kereta Honda HRV miliknya di kawasan Teluk Perang Parit sekitar pukul 8.30 malam semalam dan ditahan sebuah kereta Proton Waja berwarna gelap dinaiki empat lelaki.



“Tiga lelaki turun dari kereta Proton Waja tersebut dan dua daripada mereka memperkenal diri sebagai anggota polis mahu buat pemeriksaan ke atas mangsa sebelum menaiki kereta mangsa.

“Mangsa akur untuk diperiksa dan beri kerjasama namun kemudiann digari dan matanya diserkup dengan topeng hitam.

“Mangsa dibawa masuk ke dalam keretanya dan bersama tiga lelaki manakala seorang lagi menaiki Proton Waja mengekori kenderaan dinaiki mereka,” katanya di sini hari ini.

Nik Rosdi berkata, mangsa dibawa menaiki kereta untuk suatu tempoh yang panjang dan turut dipukul dengan kayu pada badannya serta dipaksa menyerahkan barang miliknya iaitu dua buah telefon bimbit, dompet berisi dokumen pengenalan diri dan kad ATM serta wang tunai RM200.



Menurutnya, sebelum itu polis menerima laporan pada pukul 1.40 pagi ini daripada seorang wanita berusia 25 tahun.

Bukan culik bayi, ibu angkat berebut dengan ibu kandung

Katanya, dalam laporannya, wanita itu menerima panggilan dari telefon bimbit suaminya kira-kira pukul 9.30 malam menyatakan terlibat kemalangan di Simpang Papan, Pusing dan meminta wang tunai RM50,000 sebagai bayaran ganti rugi kerosakan kenderaan yang dilanggarnya.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa panggilan itu bagaimanapun terputus dan pengadu kemudian menerima satu lagi panggilan menyatakan harga ganti rugi diturunkan kepada RM20,000 dan minta dibayar segera ke akaun Maybank suami pengadu.

“Pengadu bersama bapanya keluar mencari namun tidak menemukan mangsa dan datang ke Balai Polis Parit membuat laporan untuk tindakan lanjut,” katanya.



Nik Rosdi berkata, sepasukan polis kemudian menjalankan operasi  mengesan mangsa namun gagal malah polis juga tidak mengesan sebarang laporan kemalangan di daerah Perak Tengah serta daerah jiran melibatkan kereta dinaiki suami pengadu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera ketika melakukan rompakan dan usaha mengesan keempat-empat suspek terlibat giat dijalankan.

“Polis juga menyeru orang ramai mengesan kenderaan Honda HRV berkenaan yang bernombor pendaftaran AKC 939 supaya segera menghubungi polis,” katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat berhubung kes itu boleh disalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Perak Tengah, Asisten Superintenden Mohamad Jazlan Sharif di talian 013-5218607 dan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor M. Maheswaran di talian 010-7005051 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Perak Tengah di talian 053712222.

Promosi Produk Berunsur Lucah & ‘Double Meaning’, Syatilla Melvin Teruk Dikecam Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker