Video SEKS: Akhirnya Gisel Anastasia ‘MENGAKU’ wanita dalam video itu adalah dirinya

 

Penyanyi Indonesia, Gisel Anastasia mengaku dirinya adalah wanita dalam klip video seks yang tular di media sosial tidak lama dahulu.

Perkara itu disahkan oleh pihak polis selepas peserta Indonesian Idol musim ke lima itu membuat pengakuan ketika siasatan dilakukan, lapor Kompas.

“Saudari Gisel Anastasia mengaku bahawa memang video yang ada itu atau yang beredar di medsos adalah dirinya sendiri,” kata pegawai polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus.

Polis berkata rakaman itu dilakukan pada 2017 di Medan, Indonesia ketika ibu seorang anak itu masih berstatus isteri kepada aktor Gading Marten.

“Dia mengakui bahawa itu dirinya sendiri dan terjadi sekitar tahun 2017. Di salah satu hotel di Medan,” lapor sebuah portal lain memetik kenyataan Yusri.

Yusri berkata, pengakuan Gisel itu sekali gus mengesahkan keputusan ujian forensik oleh ahli forensik dan pakar teknologi maklumat sebelum ini.

Sebelum ini Gisel dan lelaki yang dikenali sebagai MYD merupakan suspek dalam video seks yang tular di media sosial.

Gading Marten dan Gisella Anastasia berkahwin pada 2013.

Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada Jan 2019.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker