Salah Dikecam ‘Sambut’ Krismas

Liverpool: Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah mengundang kemarahan peminat yang tidak gembira melihat bintang Muslim itu berkongsi gambar ucapan Hari Natal bersama keluarganya.

Salah, 28, memuatnaik gambar di media sosial dengan dirinya dan keluarga berpakaian sempena perayaan itu di depan pokok Krismas, sebelum menambah dengan dua emoji dan hashtag ‘MerryChristmas’.



Gambar yang dimuatnaik di Instagram itu mendapat 2.865 juta tanda suka manakala ucapannya di Twitter dengan menggunakan gambar sama mendapat lebih 245,000 kali tanda suka.

Bagaimanapun, walaupun ada yang menyukai ucapan berkenaan ia tidak lari dengan kecaman dari sesetengah peminat apabila mempersoalkan bintang Muslim itu tidak sepatutnya meraikan Hari Natal.

“Sebagai seorang Muslim kita tidak sepatutnya meraikan atau mengucapkan tahniah kepada penganut agama lain, itu saja,” kata salah seorang peminat.

“Disebabkan itulah (pemain Arsenal dan Mesir) Mohammed Elneny adalah Raja Mesir bukannya anda,” celah salah seorang peminatnya.

“Hari ini anda Kristian, esok Muslim. Anda harus terangkan nanti perkara ini kepada Maha Pencipta,” kata seorang lagi peminat.



“Sebab itulah saya lebih suka UFC, ‘BROTHER KHABIB’ adalah bintang Muslim paling terkenal, dia tidak berkompromi. Muslim tidak sambut Krismas tapi anda boleh bergembira, kita mempunyai sambutan Eid,” kata seorang lagi yang merujuk kepada juara UFC dari Russia, Khabib Nurmagomedov, yang juga seorang Muslim.

Salah menjadi perbualan hangat di media sejak kebelakangan ini terutama mengenai masa depannya di Liverpool selepas mendakwa dia tidak gembira di kelab berkenaan dan dikaitkan akan berpindah ke Sepanyol.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker