Putera Mahkota Arab Saudi Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech

JEDDAH: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz menerima dos pertama vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat Pfizer BioNTech.

Lebih 500,000 orang di Saudi sudah mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin terbabit, sejak ia dilancarkan di negara itu Selasa lalu.

Sementara itu, salah satu daripada ratusan pusat vaksin di Saudi, dibuka di bandar Jeddah, semalam.

Pihak berkuasa Saudi menjangkakan, pusat di terminal selatan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz itu, akan dapat menampung 10,000 orang sehari, dalam masa tiga minggu akan datang.

Arab Saudi mencatatkan 178 kes baru COVID-19 semalam membawa jumlah keseluruhan kepada lebih 361,900 kes.

Lebih 6,150 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di negara terbabit. – AGENSI

Ujian Akhir Vaksin Pfizer 95 Peratus Berkesan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker