[VIDEO] Kenyataan Rasmi Noor Neelofa Mohd Noor Mengenai Situasi Terkini ...Terkena Minyak Pengasih Tuduhan Berat" - Neelofa — MYKMU.NET

[VIDEO] Kenyataan Rasmi Noor Neelofa Mohd Noor Mengenai Situasi Terkini …Terkena Minyak Pengasih Tuduhan Berat” – Neelofa



Sebaran :

Dakwaan kononnya dia terkena buatan minyak pengasih seperti yang tular di media sosial merupakan tuduhan yang amat berat.

Bahkan, usahawan dan selebriti yang disegani ramai, Neelofa berkata, ketika ini dia berada dalam keadaan yang baik.

“Cerita itu (terkena minyak pengasih) adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.



“Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya,” kata Neelofa.

Bekas pengacara program MeleTOP itu juga mengeluarkan kenyataan sama dalam hantaran di Instagramnya.

VIDEO DIBAWAH:-

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Neelofa susulan spekulasi mengenai hubungan dia dengan tunangnya, PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir yang rancak didebatkan di media sosial.



Sumber: Instagram Neelofa


Sebaran :


Leave a Reply