[VIDEO] Allahuakbar! Tiba Tiba Khemah Terbang Sampai 2 Penggali Kubur Cedera..

Kemalangan tidak berbau itulah yang boleh digambarkan dalam satu kejadian menimpa seorang penggali kubur baru-baru ini.

Satu video yang tular di media sosial hari ini memaparkan sebuah khemah untuk berteduh diterbangkan angin puting beliung atau angin pusar sehingga berpusing.

Lokasi tersebut adalah di Tanah Perkuburan, Kota Damansara Selangor. Waktu kejadian pada waktu petang.

Apa yang terjadi membuatkan orang disitu menjadi panik apabila secara tiba tiba datang satu angin yang kuat sehingga menerbangkan khemah yang besar disitu.

Khemah itu berpusing 360 darjah dan disebabkan itu 2 penggali kubur disitu turut tercampak.

Viideo itu dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram @yusof_nasir.

“Assalamualaikum kejadian ini telah melibatkan adik saya, dia cuma penggali kubur di kawasan ini dan menjalankan tugas sahaja segala ape yang terjadi pada arwah dan kejadian ini hanyalah rahsia Allah, hanya Allah yang maha mengetahui. Adik saya mengalami patah tulang pinggul, rusuk dan tangan mohon doa kawan-kawan dan sahabat handai untuk kesembuhan adik saya terima kasih,”

Namun ramai juga yang meninggalkan komen supaya semua berfikiran positif serta tidak memburukkaan arwah. Setiap yang jadi pasti ada sebabnya. Allah cuma mahu memberi peringatan kepada yang masih hiidup.

 

Berkhemah Di atas Bukit Cari ‘LINE’ Nak Jawab Periksa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker