Kru positif COVID-19, penggambaran filem lakonan Rajinikanth dihentikan

NEW DELHI: Penggambaran filem Tamil membabitkan bintang India, Rajinikanth digantung pada Rabu selepas beberapa kru didapati positif COVID-19.

Penerbit filem itu berkata, empat kru dijangkiti tetapi Rajinikanth diuji negatif.

Penggambaran filem itu yang sebelum ini tertangguh akibat perintah sekatan pergerakan, disambung semula bulan ini di Telangana, Hyderabad.

Kerajaan India meningkatkan kawalan COVID-19 selepas varian baharu dikesan di United Kingdom.

Jumlah kes positif baharu dalam tempoh 24 jam adalah 23,950, menurut Kementerian Kesihatan pada pagi Rabu. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker