19 laluan dijangka sesak di NS

SEREMBAN: Sebanyak 19 laluan termasuk Jalan Seremban-Kuala Pilah dan Lebuh Raya Utara Selatan terutamanya di Nilai dekat sini dijangka mengalami kesesakan berikutan orang awam pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan Krismas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Ibrahim Abdul Kadir berkata, pihaknya menasihatkan pengguna jalan raya yang ingin ke Pantai Timur untuk menggunakan laluan alternatif selain menggunakan jalan Seremban-Kuala Pilah bagi mengelakkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dua jalan alternatif yang boleh digunakan ialah melalui Jalan Seremban ke Bukit Miku ke Kuala Pilah atau Jempol dan seterusnya ke Pantai Timur manakala satu lagi ialah laluan dari Jalan Jelebu ke Kuala Klawang ke Simpang Pertang menuju terus ke Karak atau Kuala Pilah dan seterusnya ke Pantai Timur.



“Kami menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi arahan anggota polis bertugas, mematuhi isyarat lalu lintas, patuhi had laju dan bertimbang rasa ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim berkata, antara laluan lain yang dijangka sesak ialah, Jalan Seremban ke Tampin, Jalan Rasah, Jalan Seremban ke Port Dickson dan Jalan Port Dickson ke Seremban di Seremban.

Anggota polis maut kemalangan dilanggar MPV



Menurutnya, Jalan Pantai Port Dickson di Port Dickson serta di lampu isyarat Pekan Gemencheh/ Jalan Gemencheh Lama dan persimpangan lampu isyarat Kilometer 1 Pekan Tampin di Tampin juga dijangka sesak.

Di Kuala Pilah pula Jalan Kuala Pilah ke Seremban, Jalan Tampin ke Kuala Pilah dan Jalan Bahau ke Kuala Pilah juga dijangka sesak selain Jalan Kuala Pilah ke Simpan Pertang iaitu dari arah Simpang Pertang menuju ke Kuala Pilah di Jempol.

“Di Jelebu pula ialah di Pekan Kuala Klawang, manakala di Rembau pula Jalan Tol Pedas-Linggi dan juga Jalan Kota-Rembau. Di Nilai pula, Jalan Batang Benar ke Pajam dan di Lebuh Raya Utara Selatan membabitkan di kedua-dua arah.

“Di Rembau, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif Ulu Kanchong-Rantau untuk ke Seremban atau Kuala Lumpu manakala di Jempol, pengguna dari Muazam ke Seremban dicadangkan menggunakan laluan Keratong-Serting Tengah-Kuala Pilah atau dari Jalan Besar Palong-Gemas-Tampin,” katanya.



Menurutnya lagi, di Tampin pula pengguna yang ingin ke Seremban atau Melaka dicadangkan menggunakan laluan Jalan Simpang Dua-Air Kuning di kilometer 37, Jalan Tampin-Gemas untuk mengelakkan kesesakan di pekan Gemencheh.

“Pengguna dari Port Dickson menghala ke Melaka dan Johor dicadangkan untuk menggunakan laluan ‘bypass’ Pasir Panjang dan seterusnya melalui pekan Pasir Panjang dan terus memasuki daerah Alor Gajah, Melaka.

“Bagi yang ingin ke Kuala Lumpur dari Port Dickson pula dinasihatkan untuk mengikut laluan Lukut/Sepang bagi mengelakkan kesesakan di Seremban dan Nilai,” katanya.

LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker