Gerabak monorel Stesen Maharajalela terbakar
Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela di sini tergendala pagi ini selepas salah satu gerabaknya terbakar.
Penumpang monorel berdepan detik cemas selepas salah satu gerabak monorel berkenaan yang sedang beroperasi, terbakar di Stesen Jalan Maharajalela, hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.27 pagi.
“Susulan itu, lima jentera dengan kekuatan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu ke bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi terdapat kebakaran membabitkan sebuah gerabak monorel berkenaan,” katanya.
Menurutnya, semua penumpang sudah diturunkan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dan mengambil masa kira-kira 50 minit sebelum api berjaya dipadam.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Bagaimanapun, tiada individu yang cedera,” katanya.
You must be logged in to post a comment.