Tren ETS, komuter bergesel, seorang penumpang cedera

Seorang penumpang cedera dalam kejadian keretapi elektrik (ETS) dan komuter tiga gerabak bergesel berhampiran Stesen Kuang, Selangor petang tadi.

Sementara itu, 29 lagi penumpang komuter dan 93 penumpang tren ETS terselamat dalam insiden itu.

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/SVID_20200905_012138_1.mp4[/KGVID]

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad, Datuk Dr. Ir. Kamarulzaman Zainal berkata tren komuter itu dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim menuju ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS dari Stesen Padang Besar ke Stesen KL Sentral sekitar jam 6.37 petang tadi.

“Satu landasan di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Rawang tidak terhalang dan masih boleh digunakan untuk perkhidmatan laluan tren lain,” katanya dalam kenyataan selepas insiden itu dilaporkan petang hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker