[VIDEO] “Kenapa Tegur Artis Je?” Michael Ang Persoal PU Rahmat Bersuara Isu Lamaran Atas Pentas
Semenjak 20 Disember lepas, kita dikejutkan dengan lamaran menerusi siaran langsung sebuah program yang dilakukan oleh pelakon Kamal Adli kepada kekasih hatinya, Uqasha Senrose.
Perkara itu mendapat perhatian ramai sehingga menjadi isu bualan hangat oleh seorang pendakwah terkenal iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan.
PU Rahmat ada memuat naik status tersebut di media sosialnya termasuk la Facebook dan Instagram bertujuan untuk menegur cara melamar secara terang-terangan.
Menurut beliau, ada sebab mengapa Islam tidak menganjur untuk melamar kaum wanita secara terangan.
Tambahnya lagi perbuatan seperti itu dapat membuat kaum wanita berada dalam keadaan tertekan serta serba salah untuk menolak lamaran tersebut.
Namun teguran PU Rahmat telah diselar oleh pengarah terkenal iaitu Michael Ang yang mana merupakan salah seorang teman rapat Kamal dan Uqasha.
Bagi Michael, mengapa ramai pendakwah laju sahaja menegur selebriti walhal ada antara golongan pendakwah sendiri yang membuat salah namun mereka hanya mendiamkan diri sahaja.
“Kamal ajak Uqasha kahwin, bukan ajak buat maksiat. Aku tak faham PU ni semua, kalau artis buat hal cepat je korang nak komen. Kalau bab seangkatan dengan korang, diam je senyap je. Bila artis-artis laju je, geng sendiri senyap sangat. Nak tumpang glamour je kes? Tengok Ebit Lew, glamour dengan cara baik, orang sanjung dia lagi.”
Dalam masa yang sama, Michael turut menekankan bahawa Kamal sudah bertemu dengan keluarga Uqasha untuk meminta izin untuk melamarnya.
VIDEO DIBAWAH
Rata-rata netizen ada yang bersetuju dengan kata-kata Michael dan ada juga yang mengecam tindakan beliau dan menganggap beliau tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh PU Rahmat.
Seperti yang kita tahu mereka sedang menjalin hubungan istimewa dan sudah semestinya mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Mungkin apa yang dilakukan oleh Kamal itu sebagai salah satu cara untuk beliau menunjukkan usaha kerasnya untuk menghalalkan Uqasha sendiri.
Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja la buat Kamal dan Uqasha-Hot.fm
Sumber foto: Instagram Michael Ang dan Facebook Pu Rahmat
“Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan” – PU Rahmat