“Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan” – PU Rahmat

Sejak malam tadi hangat diperkatakan apabila pelakon Kamal Adli membuat kejutan melamar Uqasha Senrose di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 yang sehingga kini masih lagi menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun perkara itu mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang tampil menitipkan nasihat mengenai lamaran secara terang-terangan mengikut hukum Islam dan mengapa ianya tidak dianjurkan.

Meluahkan rasa gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha serta mendoakan kebahagiaan mereka, bagaimanapun PU Rahmat berharap agar jangan terlalu mengikut trend barat dan melamar secara terang-terangan dapat dihentikan.

Kamal lamar Uqasha dalam program ‘live’

“Saya gembira atas kejayaan lamaran kamal adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.



‘”Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita,” katanya.

Jangan diikut trend barat

Foto: fnp.com

Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengecam. Saya menerangkan bukan menyerang.

Akhukum Fillah
Saudara mu dalam Islam
Rahmat Ikhsan

OhBulan.



Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan 

Nama Kamal Adli trending dalam Twitter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker