Bergejala masih bertugas, punca kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan tinggi

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan ada petugas kesihatan yang mempunyai gejala masih datang ke hospital untuk bertugas.

Justeru itu, katanya, ia menyebabkan berlakunya kluster dan meningkatkan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan di negara ini.

“Ada yang telah dijangkiti ada gejala masa datang ke hospital dan tidak memakai pelitup muka dan jangkitan berlaku di hospital.

“Peringatan kementerian terhadap setiap individu atau petugas kesihatan untuk mematuhi SOP. Ada kala mungkin kita ambil mudah, leka atau lesu semasa memasuki kawasan pantri atau ketika makan dan melupakan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

KKM, katanya, telah mengesan jangkitan yang berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang mempunyai kaitan dengan dua kluster lain iaitu Kluster Batu Sembilan dan Kluster Yayasan.

Kata Dr Noor Hisham, Kluster Yayasan membabitkan pesakit yang menjalani haemodialisis sebelum menjangkiti petugas kesihatan.

Mereka kemudiannya menjangkiti petugas kesihatan lain.

Dalam pada itu, jangkitan membabitkan Hospital Serdang pula dikesan mempunyai kaitan dengan penghuni rumah warga emas yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. MG

COVID-19: Penjawat awam bertugas dalam normal baharu mulai Isnin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker