Pihak berkuasa digesa ambil tindakan lelaki sebar kandungan unsur lucah

Pihak berkuasa digesa ambil tindakan lelaki sebar kandungan unsur lucah

Tindakan seorang lelaki dipercayai warga Singapura yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur lucah melalui akaun Facebook boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Setiausaha Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu menggunakan akaun Facebook ‘Wang Lei’ untuk menyebar video dengan kandungan berunsur lucah.



Katanya, tindakan tidak senonoh individu berkenaan sangat mengaibkan kerana menggalakkan budaya lucah serta mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Beliau berkata, video yang disebarkan itu juga memaparkan lelaki terbabit memakai baju T berwarna hitam yang di luarnya terdapat pakaian dalam wanita berwarna merah jambu dan mengenakan skirt putih.

“Sebelum ini lelaki berkenaan dilaporkan pernah membuat promosi di sebuah pusat beli-belah di Ipoh, Perak yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, meminta seorang wanita tempatan meniup kondom untuk dijadikan belon,” katanya.

Hishamuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai isu itu kepada Jabatan Imigresen, di sini hari ini, meminta pihak berkuasa terbabit menyenarai hitam lelaki berkenaan daripada memasuki Malaysia.



Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia), Yusuf Azmi.

Sebelum ini, katanya, MHO menerima beberapa aduan berkenaan akaun Facebook individu terbabit serta perbuatannya di sebuah pusat-beli belah di negara ini dan sejak dua minggu lalu, lebih 20 laporan polis sudah dibuat meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Menurutnya, MHO juga sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meminta agar video berkenaan diturunkan bagi mengelak ditonton kanak-kanak kerana dibimbangi boleh merosakkan pemikiran mereka selain membangkitkan kemarahan orang ramai.

“MHO menggesa Jabatan Imigresen menyenarai hitam individu berkenaan daripada memasuki negara ini, manakala pihak berkuasa lain mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya. BH



Pihak berkuasa digesa ambil tindakan lelaki sebar kandungan unsur lucah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker