Remaja bawah umur mengaku rogol gadis hingga hamil

Seorang pesalah kanak-kanak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kulim pada Selasa terhadap lapan pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur sehingga mangsa melahirkan anak pada Julai lalu.

Dia yang berusia 15 tahun ketika kejadian membuat pengakuan bersalah itu dalam prosiding secara tertutup dalam kamar Majistret, Che Rohana Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan hubungan seks ketika gadis itu berusia 14 tahun 9 bulan sebanyak lapan kali sehingga mangsa melahirkan bayi lelaki pada 28 Julai 2020.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah kosong dekat sebuah taman perumahan bermula 12 Oktober 2019 sehingga 15 Mac 2020.



Dia didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Abdul Ghani dan pesalah kanak-kanak itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K Kiren Ram.

Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah menetapkan tarikh sebutan pada 19 Januari 2020 bagi menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM4,000 bagi semua pertuduhan tersebut. Snar



Rogol amah: Umum segera hasil siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker