Produk berasaskan babi dirampas

Pelabuhan Klang: Sejumlah 354.96 kilogram (kg) produk makanan sedia dimakan berasaskan daging babi dari Korea dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor, Ahad lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, produk tanpa permit import MAQIS yang sah itu ditahan dan dirampas di Pelabuhan Klang Utara, di sini, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, semua produk dianggarkan bernilai RM9,403 itu ditemukan dalam kotak yang disusun dalam kontena.

“Semua barang dagangan itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai permit import yang sah ketika kemasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata, perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. HM

Sindiket cuci duit (Macau Scam) : Wang tunai RM5 juta disita, 23 kenderaan mewah dirampas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker