Pemuda UMNO desak Zahid letak jawatan?

Terkini di My KMU !!!!---->

Terdapat banner yang tertera Pemuda UMNO mendesak Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dinaikkan di beberapa tempat di Shah Alam.

Bagaimanapun Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah menafikan terlibat dalam penggantungan banner-banner tersebut.

Beliau juga telah mengarahkan Ajk Pemuda Bahagian untuk menurunkan banner-banner tersebut.

Katanya lagi ia adalah perbuatan yang dilakukan oleh pihak luar UMNO yang mahu melaga-lagakan sesama UMNO.

Justeru, beliau akan membuat laporan polis pada petang ini supaya penyiasatan dapat dilakukan angkara siapa banner-banner tersebut dipasang.

Berikut adalah kenyataan dari Ketua Pemuda UMNO Shah Alam :

_*AsSalamualaikum wbt*_

Semua Sahabat
Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam

Saya Mohd Dendera Billah Bin Zamzuri selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, ingin membuat penafian bahawa Saya dan Seluruh Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam tidak terlibat dan bersekongkol dengan Banner berkenaan *Minta Presiden Berundur dari Jawatan beliau sbg Presiden UMNO* yang dipasang di Sekitar Shah Alam.

Saya selaku Ketua Pemuda UMNO telah mengarahkan Seluruh AJK saya untuk menurunkan Banner-banner tersebut. Saya berpandangan bahawa perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak luar UMNO untuk melaga-lagakan dan menganggu gugat keharmonian sesama UMNO. Dengan ini saya mengutuk perkara ini sekeras-kerasnya kerana ianya bersifat politik kotor.

Oleh yang demikian Saya dan Seluruh barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam akan membuat laporan Polis berkaitan perkara tersebut.

Tarikh : 23 Dec 2020 ( Rabu )
Masa : 6.00 petang
Tempat : Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.

_*Media Dijemput Hadir*_

Sekian
Terima kasih

Leave a Reply