Polis tangguh siasatan, Ketua Polis Negara minta maaf, kata Guan Eng

Polis menangguhkan pengambilan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung siasatan terbaharu terhadapnya yang sebelum ini ditetap esok, sehari sebelum Krismas,

Lim berkata, beliau dimaklumkan peguamnya Gobind Singh Deo bahawa polis bertindak membatalkan proses soal siasatan itu yang di atur di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Pulau Pinang berhubung dua kenyataan medianya pada 2019.

“Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga secara ramah menerusi kiriman teks mesej, memohon maaf kepada saya, atas kesilapan pegawainya menetapkan soal siasatan saya pada sehari sebelum Krismas. Saya berterima kasih padanya atas ucapan Krismas buat saya dan keluarga,” katanya.



Semalam, musuh politik Lim, bekas Perdana Menteri Najib Razak tampil membela pemimpin DAP berkenaan dan meminta supaya polis menggunakan pertimbangan wajar dan tidak memanggilnya untuk disoal siasat sehari sebelum beliau menyambut Krismas.

Berita sebelum ini :

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata polis menyiasat dua kenyataan media yang dikeluarkannya pada 2019.

Oleh itu, katanya, dia mungkin akan ‘menghadap’ polis Khamis ini, yang disifatkannya sebagai “hadiah Krismas” daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Setakat ini masih belum jelas apa kenyataan media yang disebut Lim itu.

Bagaimanapun, pada tahun itu dia berkhidmat sebagai menteri kewangan dan anggota parlimen Bagan.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang juga mendakwa siasatan itu sebagai tindakan politik terhadap pembangkang.

Jun depan, mahkamah akan mendengar keterangan pihak pendakwaan dalam empat kes terowong bawah laut Pulau Pinang yang melibatkan Lim.



Asal Najib tak boleh, asal Guan Eng semua boleh.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker