ASB beri wang ihsan 0.75 peratus untuk 30 ribu pertama sahaja, Zeti wajar letak jawatan

Terkini di My KMU !!!!---->

Ramai yang menyangka ASB membeli pulangan dividen sebanyak 5% untuk tahun ini kerana apa yang diumumkan adalah Dividen sebanyak 4.25% dan wang ihsan (bonus) sebanyak 0.75%.

Tetapi apa yang jelas adalah wang ihsan tersebut hanyalah untuk 30 ribu unit pertama sahaja.

Ini bermakna walaupun anda ada RM200 ribu dalam akaun anda, anda hanya akan memdapat RM 225 sahaja.

Adakah ini pemberian bonus dari PNB sempena ulangtahun PNB? RM225 sahaja.

Ramai ternyata kecewa debgan pulangan ini kerana tidak dapat menampung pembayaran balik pinjaman ASB dari bank.

Dengan moratorium juga hanya untuk golongan tertentu, terpaksa membayar dari poket sendiri untuk menampung hutang ASB.

Zeti wajar meletak jawatan kerana gagal memberi pulangan sewajarnya kepada pelabur.

Dividen & Bonus ASB 2020
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
🔸4.25% Dividen
🔸0.75% Bonus (terhad 30k unit pertama)

Dividen 4.25% ramai yang faham. Tapi mungkin kebanyakan netizen masih kurang faham dengan Bonus Ulang Tahun ke-30 ASB iaitu 0.75%.

Contoh
– ASB ada 200K sepanjang bulan 1 hingga bulan 12.

Formula Kira Dividen & Bonus
Purata BMB x Dividen %

⭕ Dividen
200k x 4.25% = RM8,500 ✅

⭕ Bonus Ulang Tahun
30k x 0.75% = RM225 ✅
(walaupun ada 30k atau 200k, tapi bonus hanya dikira terhad 30k sahaja)

Total Hasil
RM8,500 + RM225 = RM8,725 ✅

Berita sebelum ini :

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah 4.25sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengumuman berkenaan dibuat secara maya oleh Pengerusi PNB, Dr Zeti Aziz hari ini.

Ia merangkumi pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit membabitkan pembayaran RM7.65 bilion kepada 10.2 juta pelabur.

Selain itu Dr Zeti Aziz turut mengumumkan pembayaran khas ihsan 0.75 sen untuk 30,000 unit pertama sempena ulang tahun ASB ke-30 tahun.

Percayakah anda Mahathir tidak tahu Zeti lantik CEO PNB yang baru?

3 thoughts on “ASB beri wang ihsan 0.75 peratus untuk 30 ribu pertama sahaja, Zeti wajar letak jawatan

  • December 23, 2020 at 15:19
    Permalink

    Sejak 2018 lagi ada banyak pihak meyarankan agar PNB diterajui oleh orang2 Melayu sejati. Nampaknya satu dah pergi, ada satu lagi yang tinggal. Bawa balik Wahid Omar atau pun mana2 Melayu yang berkelayakan masuk menerajui PNB.

    Reply
  • December 27, 2020 at 19:45
    Permalink

    Bukan saja Zeti …semua peneraju didalamnya perlu di rombak .
    Bursa memang kurang memberansangkan , tetapi banyak syarikat masih membuay untung …malah ada yg berprestasi lebih baik .

    Reply
    • December 28, 2020 at 00:59
      Permalink

      Market klci hampir capai rekod tertinggi
      8% atau serendah pun 6 %

      Reply

Leave a Reply