Wanita berusia 53 tahun korban terbaharu rabies di SarawaK

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 53 tahun menjadi korban terbaharu wabak rabies di Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, mangsa kesembilan itu dimasukkan ke Hospital Sibu pada 8 Disember lalu selepas mengalami gejala sesak nafas dan batuk.

“Beliau juga mengadu sakit tekak, demam dan lemah badan selama tiga hari sebelum dimasukkan ke wad. Beliau telah meninggal dunia pada 15 Disember 2020 dengan diagnosa rabies meningoencephalitis.

“Diagnosa disahakan dengan ujian makmal positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 17 Disember 2020,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Siasatan mendapati, mangsa pernah digigit oleh anjing peliharaanya di bahagian jari pada Oktober lalu.

Bagaimanapun mangsa tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Anjing tersebut telah mati tanpa diketahui sebab kematian beberapa hari selepas menggigit tuannya tetapi ia tidak dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Lokasi baru penularan rabies di Sarawak

“Mendiang juga ada membela beberapa ekor anjing dan kucing tetapi kesemua haiwan ini tidak dibawa untuk suntikan vaksin anti-rabies. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.” katanya lagi.

Sehingga kini, sebanyak sembilan kes rabies melibatkan manusia dikesan di Malaysia pada tahun ini, manakala 31 kes dengan 29 kematian dicatatkan sejak wabak itu diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.

Orang awam dinasihati agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada jangkitan rabies.

Tambahnya lagi, KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak akan terus memantau situasi rabies di Sarawak bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan dengan segera dan komprehensif.

“Semua rakyat Sarawak pula dipohon untuk mematuhi semua nasihat kerajaan dan pihak berkuasa bagi memastikan masalah rabies di negeri ini dapat dikawal.

“Jangan biarkan haiwan peliharaan berkeliaran atau membuangnya di kawasan-kawasan awam,” ujarnya lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker