Saya mohon ASTRO aturkan

PERSELISIHAN antara penyanyi, Noraniza Idris dan pengarah, Michael Ang selesai apabila kedua-duanya memilih jalan untuk berdamai  dan saling bermaafan.

Kedua mereka bermaafan secara terbuka pada sidang media khas di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020).

Menurut Michael, pertemuan empat mata itu dibuat bagi meleraikan salah faham yang berlaku antara mereka berikutan kritikan yang dilakukan dalam media sosial berhubung persembahan Noraniza ketika menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).



“Saya minta Astro mengatur pertemuan kerana mahu orang luar mengetahui perkara sebenar. Saya juga mahu Noraniza tahu kritikan ini bukan bersifat peribadi, tetapi lebih kepada persembahannya. Saya ingin meminta maaf kerana komen yang dibuat menggunakan bahasa kasar.

“Saya seharusnya lebih berhati-hati dan berlapik, memandangkan Noraniza sudah berusia. Saya lega apabila perkara ini selesai dan Noraniza tahu niat sebenar saya mengeluarkan komen ini,”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker