Ini Cara Hasilkan Puri Tomato Homemade Dan Chicken Bolognese Yang Simple & Sedap

Biasa masak spaghetti guna sos tomato puri yang dah siap kan? Haa, apa kata kita try buat sos sendiri. Lebih pure dan lebih banyak. Jangan risau, confirm sedap!

Image from Tomat House

Image via Tomat House

Caranya senang sahaja, hanya menggunakan tomato segar sebagai bahan utama. Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di laman Facebooknya. Tak sabar dah ni… Mari!



 

Bahan-bahan:

  • 5 biji tomato
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Isi ayam
  • Serbuk Oregano

 

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, basuh tomato. Kemudian, hiris bahagian luar dengan nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit selepas direbus.
2. Rebus tomato sehingga air mendidih (tak perlu lama).
Image from Zurina Zulkefli (Facebook)

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)



3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Kemudian, lenyek tomato sehingga hancur.
4. Seterusnya, masak tomato yang telah dilenyek dengan menggunakan api sederhana. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga berair.
5. Tapiskan tomato untuk dapatkan puri tanpa biji.
Image from Zurina Zulkefli (Facebook)

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)



6. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih. Masukkan isi ayam kemudian puri tomato. Letakkan serbuk Oregano secukup rasa. Siap, sedia untuk dihidang bersama spaghetti.

Ta-daaaaa siap dah puri tomato yang dihidangkan bersama spaghetti! Selamat menjamu selera.

Image from Zurina Zulkefli (Facebook)

Image via Zurina Zulkefli (Facebook) 



Kredit: Seismik, Facebook

https://mykmu.net/2020/09/30/8-tempat-makan-yang-sedap-dan-murah-di-johor-bahru-pasti-tidak-rugi-untuk-anda-cuba/



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker