[VIDEO] Terbaik lah…Suami Mesti Menari Setiap Kali Balik Kerja, “Berusaha untuk eratkan hubungan…”

Apabila di tempat kerja, pasti ramai yang teringatkan katil di rumah. Bila hampir waktu habis kerja pula kita tidak sabar-sabar untuk keluar dari pejabat.

Setelah seharian berkerja, siapa yang tidak senang hati untuk pulang rumah. Biasanya kita akan terus terlantar di atas katil atau segera membuka peti ais untuk mencari snek sebaik tiba di rumah.

Namun seorang lelaki ini cukup bersemangat untuk menghiburkan hati isterinya setiap kali pulang dari kerja.
VIDEO DIBAWAH:-

Individu atas nama Haissazc Hisham itu benar-benar menunjukkan kegembiraannya setiap kali pulang ke rumah dengan menari untuk isterinya.



Dalam video yang dikongsikannya di Twitter dan telah meraih ribuan tontonan, lelaki tersebut dilihat melakukan pelbagai tarian setiap kali masuk ke rumah.

Wife saya record

Dalam banyak-banyak kompilasi video ini, rata-rata netizen tertumpu pada pelekat nota di dinding bilik. Menurut individu ini, pelekat nota pada dinding tersebut adalah sebagai peringatan untuk urusan kerjanya. Video tersebut dirakam isteri dari ruang bilik kerja di rumah mereka.

Mirip Khairul Aming



Netizen juga perasan wajah dan tingkah laku individu ini mirip seorang pengaruh sosial media iaitu Khairul Aming. Malah, rata-rata berpendapat tindak tanduk individu ini seperti influencer itu.

Jelasnya dalam kapsyen yang disertai dengan video tersebut, dia tidak tahu isterinya membuat kompilasi video setiap kali dia pulang ke rumah, dan dia hanya melakukan aksi lucu itu untuk membuatkan isterinya gembira.

Sungguh berdedikasi bukan? Rata-rata netizen turut bersetuju dan memuji lelaki itu kerana sentiasa ceria untuk disambut isterinya di rumah.

“Berusaha untuk eratkan hubungan…”



 

“Nampak sangat la stress …”

 

“semoga bahagia hingga akhir hayat…”



 

“bukak pintu campak beg tudung baring sampai maghrib…”

 

“balik dari kelas pun muka dah takde senyum”



Kredit: HCL, OHBulan

Sumber: Haissazc S. Hisham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker