Raja Afiq bengang netizen samakan isterinya dengan babun

Pelakon Raja Afiq bengang dengan perbuatan segelintir netizen yang menyamakan panggilan nama Aben yang dibahasakan kepada isterinya, Soffwan seperti babun.

Menerusi hantaran di laman InstaStory miliknya, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razal, 26, berkata, dia benar-benar bengang dengan tindakan segelintir netizen yang mempersendakan dengan cara begitu.

“Mulut memang tak ada insurans, tapi janganlah cakap pakai sedap mulut je. Jangan ingat kita tak ada undang-undang.

“Sudah tentu saya akan buat laporan sebab kali ini memang dah hilang sabar,” tulisnya dalam InstaStory.



Difahamkan, pelakon yang popular menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu bakal menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa setelah dinasihatkan beberapa individu untuk membuat saman malu.

Komen-komen nakal tersebut ditinggalkan pada satu hantaran sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang memasuki bulan ketiga.

Terdahulu, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada Mac lalu sebelum mendirikan rumah tangga pada Ogos baru-baru ini. – K! ONLINE



Related Articles

One Comment

  1. Ingatkan nama Aben tu mulia sgt,atau setaraf dgn nama² org2 yg dihormati atau dimuliakan.Atau kau ada ‘registered trademark’ ke nama tu.Kalau tak didaftarkan maka tak salahlah kalau netizen mempersenda2kan dan meletakkan nama tu utk nama babun.Kalau tak nak kena kutuk jgn lah upload benda2 peribadi mcm tu.Bila dah dijadikan bahan lawak kau nak meroyan pulak.Atau skrg ni dah sengkek sgt sampai nak saman menyaman pulak?Kalau nak cari publisiti pun biarlah yg positif.Aku pun tak kenal sgt kau ni artis,dan aku rasa ramai lagi kat luar sana yg tak kenal pun siapa kau ni sebenarnya.So jgn nak perasan & jgn nak sentap tak tentu pasal ya,bro!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker