[VIDEO] “Berani Nak Kahwin 3-4? Convert Lah, Boleh Kahwin Banyak”- Sakinah Ajak Peluk Islam, Terkejut Dengan Jawapan Kekasih

Hubungan cinta pelakon Sharifah Sakinah dengan kekasihnya dari Sweden bernama Michael Hansen bukan rahsia lagi.

Terbaharu, Sakinah seperti memberi hint dan dalam masa yang sama dalam nada gurauan meminta Michael untuk memeluk Islam jika hendak berkahwin lebih dari satu.

“Berani nak kawin 3-4? @michael_hansen79 convert lah boleh kawin banyak,” katanya.



Sakinah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Dalam entri tersebut dia memuat naik sedutan drama lakonannya yang kelihatan memarahi suaminya sambil mencincang sayur di dapur.

Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap cara Sakinah melucukan. Michael juga tampil membalas pertanyaan Sakinah
dalam ruangan komen entri tersebut.

Menurut Michael dia tidak pasti sama ada dia boleh atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami jika berkahwin lebih dari satu.



“Nasib baik saya yang selalunya pegang pisau di dapur sementara kamu masih memerlukan banyak latihan (menjawab mengenai sedutan video tersebut).

“Saya tidak rasa saya boleh kawal lebih dari satu (isteri), Insya-Allah,” jawabnya.

Difahamkan, Sakinah sudah pun bertunang dengan jejaka tersebut dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Sakinah bercerai dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

 

Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama pada 28 Mei 2021.. Sakinah Akan Kahwini Jejaka Sweden



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker