Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama pada 28 Mei 2021.. Sakinah Akan Kahwini Jejaka Sweden

Semua sedia maklum mengenai pelakon Sharifah Sakinah yang sebelum ini dikhabarkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan jejaka mat saleh seorang pelatih kecergasan dan kesihatan dikenali sebagai Michael Hansen, 41.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, yang baru empat bulan hidup solo selepas bercerai dengan suaminya, Aliff Adha itu mengakui semakin rapat dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Terkini, Sakinah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Michael pada 28 Mei tahun hadapan. Adik kepada penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah itu berkata, dia memilih tarikh tersebut kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kekasihnya itu.

“Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab Covid-19, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Sakinah membuat pendedahan tersebut menerusi rakaman dalam program Melodi Extra yang dihoskan Ain Edruce. Adik kepada penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah ini turut menyatakan dia tidak akan berhijrah ke negara kelahiran bakal suaminya sebaliknya akan terus menetap di Malaysia selepas berkahwin kelak.

“Lepas berkahwin nanti, saya tidak akan berpindah ke sana (Sweden) kerana ingin meneruskan kerjaya seni di sini. Kami akan jalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh, jika saya ke sana pun untuk bercuti, begitu juga dengan Michael,” katanya.

Sakinah sebelum ini membuat pendedahan dia sedang bercinta dengan Michael pada September lalu. Pasangan itu dilaporkan berkenalan di sebuah pusat kecergasan.

Pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015. Menerusi laporan mStar pada 9 Julai lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah bercerai dengan Aliff pada Mei lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: mStar, Instagram Sharifah Sakinah & Michael Hansen

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cDYkBRJply4[/embedyt]

Sharifah Sakinah bakal tamatkan zaman jandanya, nikah dengan “Mat Salleh” 25 Mei depan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker