JDT hormati bekas majikan Sumareh

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap akan menghormati bekas majikan Mohamadou Sumareh, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sekiranya mahu mendapatkan khidmat pemain itu.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan beliau akan berbincang dengan Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah jika Sumareh yang kini beraksi di Liga Thailand bersama Police Tero FC mahu kembali ke Liga Malaysia (Liga M) dan menyertai skuad Harimau Selatan.

“Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu. Saya pun tadi sudah tanya Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah),” katanya ketika sesi temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta, semalam.



“Kalau dia bersetuju saya akan teruskan. Jika dia tak setuju saya tak buat apa-apa. Saya minta hormat, minta restu dari dia kalau boleh atau tidak.

“Jadi (bahagian) sayap kanan kemungkinan besar boleh jadi Safawi Rasid, Sumareh, Arif Aiman dan bahagian kiri adalah Akhyar Rashid, Gonzalo Cabrera dan Ramadhan Saifullah.”

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan bekas bintang muda FELDA United, Daniel Amier Norhisham akan menyertai JDT musim depan selain pihaknya turut berhubung dengan pemain berdarah kacukan, Isaac Angking.

“Saya rasa dia (Daniel Amir) bakat muda yang saya sangat teruja untuk tengok dalam JDT. Sudah pasti semua pemain perlukan masa, ada yang perlukan masa lebih dari yang lain dan kita berikan benda itu kepada mereka.



“Kita juga ada Isaac Angking yang berhubung dengan kita, tengah tengok bagaimana kita boleh masukkan dia sebab JDT ramai pemain. Jadi boleh ke tidak kita masukkan dia dalam sistem.

“Kita turut ada seorang penyerang berusia 28 tahun dari Argentina. Nama saya tak boleh dedahkan kerana kertas kerja tengah proses,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker