[VIDEO] Gelar Juri ‘Old School’ , Datuk Seri Vida Smash Padu Pada Juri Sebab Tak Puas Hati Pilihan Lagu AJL35
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula tampil mempertikaikan keputusan juri memilih 12 finalis yang layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Menurut Vida, memandangkan dia bekas penaja anugerah berprestij itu, dia ingin tahu kriteria lagu yang dipilih barisan juri.
“Keputusan lagu bertanding di AJL kita dah dapat.. lagu yang sedap di mana kamu letakkan wahai juri. Lagu yang sedap juta-juta tontonan tak bawa ke AJL, lagu macam mana awak nak?
“Saya nak tahu bagaimana penjurian lagu-lagu ke AJL, saya sebagai mantan penaja nak tahu macam mana juri pilih lagu, apa benchmark pemilihan?” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram(IG).
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress 7yfWjcyo]
Pada Selasa lalu, rata-rata wargamaya mempertikaikan keputusan juri kerana kecewa lagu yang dianggap berpotensi tidak mendapat tempat.
Tambah ibu kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Cik B berpendapat juri perlu mendengar pandangan daripada netizen di media sosial.
“Kriteria lagu popular juga kena ambil kira, jangan sedap telinga awak saja. Kena ada media sosial supaya dengar apa netizen nak supaya industri berkembang dengan karya lebih segar.
“Saya rasa juri ini Instagram, Youtube pun tak ada, jangan pilih bulu, pilih kasih asyik muka itu ja yang dapat.
“Lagu sedap tak masuk tapi yang sendu boleh. Saya rasa juri ada masalah old school, tak tahu nak angkat karya anak muda. Sedap di telinga juri tapi viewer 5,000 orang saja.
“Juri muka sama, kesilapan sama setiap tahun. Patut angkat lagu orang suka, ini kamu angkat yang kamu suka bukan peminat yang berjuta!
Nanti orang tak nak tengok AJL, juri sajalah tengok,” katanya lagi.
Sementara itu ramai netizen turut komen dan bersetuju dengan pendapat beliau di Instagramnya
Sumber: GEMPAK
Boikot, Tukar Juri & Main Kroni Antara Luahan Kecewa Peminat AJL
AJL35: Hattan kecewa senarai lagu, juri perlu fikir luar kotak
You must be logged in to post a comment.