Boikot, Tukar Juri & Main Kroni Antara Luahan Kecewa Peminat AJL

Setelah lama menanti, akhirnya peminat Anugerah Juara Lagu (AJL) telah mengetahui 12 lagu yang layak ke AJL-35. Sudah pastinya keputusan ini mendapat reaksi positif mahupun negatif dari peminat. Daripada 12 lagu yang terpilih, Hael Husaini pasti tersenyum lebar dengan 3 buah lagunya yang akan berentap di AJL-35.

AJL jadi AJHAEL?

Foto: Instagram @muzikmuzik

Hael bukanlah nama asing dalam AJL, dia pernah menjuarai AJL dua tahun berturut-turut iaitu AJL-32 menerusi lagu Jampi, dan Haram duet bersama Dayang Nurfaizah di AJL-33. Malah tahun lepas di AJL-34, lagu Anta Permana, karya dari Hael & Ezra Kong mendapat tempat ke-3.

Sementara itu, Hael pun sering muncul di beberapa program realiti TV di TV3. Terkini,  Hael menjadi juri tetap untuk Lagu Cinta Kita musim ke-2 bergandingan dengan Ajai dan Mas Idayu. Jadi tak complete-lah kalau Hael tidak ada dalam AJL-35.

Penonton tak berpuas-hati, Minta Tukar Juri?

Ya! Seperti yang dijangka, keputusan 12 lagu yang layak ke AJL-35 pasti akan mengundang kontroversi. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, para peminat akan mempertikai keputusan barisan juri. Salah seorang peminat meluahkan rasa kecewa kerana banyak lagu yang dianggap terbaik tidak terpilih.

Main Kroni?

Tidak ketinggalan ada peminat yang membuat tuduhan AJL ‘main kroni’. Isu ini sudah biasa dengar dalam pemilihan finalis AJL. Malah kerana sudah terbiasa dengan isu ‘main kroni’ ini, para peminat sudah dapat meramalkan siapa yang akan bergelar juara pada AJL-35.

Nak Boikot AJL?

Ada yang terlalu marah dan kecewa, sampai nak boikot AJL kali ini. Bagi mereka pemilihan agak berat sebelah dan seolah-olah tidak memberi ruang kepada bakat baru yang sedang meningkat naik.

Tak kira apa saja komen dari peminat, pemilihan 12 lagu ke AJL-35 dari juri-juri profesional yang berpengalaman luas. Ingat! ini juara lagu bukan juara penyanyi…

Jadi anda dah boleh ramalkan siapa juara Anugerah Juara Lagu ke-35 edisi kali ini? Sama-sama kita nantikan anugerah berprestij yang bakal mengangkat hasil karya muzik tempatan di pentas AJL35 bakal berlangsung pada tahun hadapan-Murai

https://mykmu.net/2017/12/14/bila-artis-jual-peminat/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker