Foto Diambil Pada Waktu Maghrib, Terakam Pula Satu Makhluk Terselit Di Pintu!

Bagi orang Melayu dulu-dulu banyak pantang larang yang diperturunkan dari nenek moyang. Ada yang diguna pakai sehingga ke hari dan ada juga yang tidak sesuai diamalkan. Ini kerana zaman kini lebih moden dan ada sesetengah pantang larang sudah tidak relevan dan terbukti hanyalah mitos semata-mata.

Namun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu foto yang dikongsikan oleh seorang pemilik Twitter. Menerusi perkongsiannya itu, pemilik akaun Twitter Mel Rabel menulis kapsyen seperti berikut:

“Tu lah orang cakap waktu maghrib jangan tangkap gambar, nanti ternampak menda pelik hm”

Turut disertakan foto bersama tulisannya itu. Berikut adalah perkongsian penuh gadis ini:

Jika dilihatkan pada foto itu, tiada yang pelik. Namun jika diperhatikan, ada seekor kucing di bahagian atas pintu grill tersebut.

Foto waktu maghrib 4

Dah macam manalah si comel ini boleh tersangkut di atas itu? Apa-apa pun perkongsian gadis ini telah mengenai foto diambil waktu maghrib ini telah meraih lebih 9 ribu retweets dan 20 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai foto diambil waktu maghrib ini di ruangan komen seperti berikut:

“Aku punya la jauhkan telepon sebab takut ehh ada yang selit kepala kat situ”

Foto waktu maghrib 3

“Hahaha gigihla tengok kat tingkap cari benda pelik…Rupanya benda pelik tu ada kat atas”

Foto waktu maghrib 2

“Ini cubaan masuk rumah senyap2 ni…Mesti dah lama tak balik”

Foto waktu maghrib 1

Kredit: HCL

Al-Fatihah: Pesara Meninggal Dunia Selepas Solat Maghrib

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker