Pegang-pegang dah tak kena marah – Tom

Pegang-pegang dah tak kena marah – Tom

“Alhamdulillah, dah sah, lepas ni pegang-pegang dah tak kena marah,” tulis penyanyi, Tom, 36, di Instagram Story selepas majlis pernikahannya dengan penyanyi Singapura, Fuad Rahman, 43, di Batam, Indoensia, semalam.

Menerusi hantaran itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram turut memuat naik gambar sekitar majlis pernikahan mereka itu.



Tom yang tampil dengan busana warna putih berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan mereka berjalan lancar seperti direncanakan.

Menurut Tom, ibunya tidak dapat hadir pada majlis pernikahan mereka kerana dikatakan sibuk.

“My mom’ (ibu saya) tak dapat datang, dia ‘busy’ (sibuk). Jadi ‘video call’ (panggilan video) je. Takpa janji restu ibu itu penting. I Love you mak,” tulisnya.

Menerusi hantaran di Instagram Tom, Fuad turut berkongsi perasaannya kerana mereka sudah selamat bernikah.



“I feel good’ dan ‘happy’, sebab dah halal,” katanya.

Selain gambar, Tom turut berkongsi suasana majlis pernikahan mereka yang turut dihadiri keluarga terdekat.

Pada masa sama, Tom juga memuat naik ucapan tahniah dari rakan-rakan termasuk rakan artis di Instagram Story yang turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Semalam dilaporkan, pengurus Tom iaitu Alan Ahmad berkata, pasangan itu memilih bernikah di negara jiran bagi memudahkan segala urusan perkahwinan dan hanya dihadiri keluarga rapat.



Mereka dijangka akan mendaftarkan perkahwinan dalam negara selepas pulang dari Batam nanti. Majlis resepsi mereka pula akan dibuat selepas Aidilfitri nanti. HM

Pegang-pegang dah tak kena marah – Tom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker