Mak Wan Latah rayu tawaran berlakon

Ampang: “Saya tak tahu apa alasan tiada tawaran (berlakon). Cuma mungkin ada kaitan dengan kontroversi dulu. Tapi itu semua dah berlalu.

“Saya tak nak ingat lagi itu semua. Yang berlalu biarkan berlalu. Sekarang ini saya kena mula semula hidup saya. Ibaratnya macam akaun bank dah mula kosong dan kena isi baru. Begitulah…,”.

Demikian kata pelakon veteran Mak Wan Julia, 62, atau lebih sinonim dengan panggilan Mak Wan Latah mengenai kehidupan terkininya sekarang.

Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud berkata, seboleh mungkin dia cuba melupakan apa yang berlaku dalam hidupnya.

“Saya tak nak ingat lagi. Mereka akan terima apa yang mereka buat. Allah Maha mendengar. Sekarang ini saya fikir job (tawaran berlakon). Saya kena fikir itu fikir ini.

“Nak kena bayar rumah, kereta semua kena bayar. Kalau tiada job macam mana? Saya pernah tanya, job kebanyakan orang yang sama dapat ‘back to back’. Yang muda dituakan,” katanya ditemui pada sidang media Malam Amal “Sepanjang Jalan Kenangan” anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, di sini, hari ini.

Mak Wan mengakui timbul persoalan berkenaan nasibnya sedangkan dia sudah 24 tahun terbabit dalam lakonan sejak zaman HVD.

“Yang sedihnya bila nak job, bila saya tanya produksi mereka beri alasan stesen. Ada yang nak tengok ‘follower’. Pengikut saya 60,000 tapi sebab kena godam dah kurang.

“Buat masa ini saya tak buat apa-apa. ‘shooting’ pun tiada. Dah lama dah tak ‘shooting’. Lepas drama Cinta Di Bawah Pokok Ceri dan Akira Khan tahun lepas saya dah tiada tawaran.

“Saya pula segan nak minta job. kalau minta nanti, ada yang kata wajah saya ada saja di TV sedangkan itu yang lama-lama,” katanya.

Menurutnya, dibandingkan dengan beberapa pelakon senior lain, tentulah mereka jadi pilihan dan dia diketepikan.

“Saya bukan setanding mereka. Namun kita sama sahaja. Kita ini manusia, apa salahnya kongsi-kongsi. Ini bukan dengki tapi orang yang sama juga kelihatan di semua saluran.

“Apa kisah pula dengan orang yang tiada tawaran ini,” katanya sebak.

Mak Wan kini berniaga produk sambal, biskut dan beberapa produk lain untuk mencari pendapatan.

“Dah lima tahun saya berniaga di acara-acara. Bermula di Kuala Lumpur kemudian pergi merata-rata. Sekarang saya berniaga di Uptown Ampang.

“Malam ini saya nak ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk berniaga dari esok sehingga 13 Ogos. Saya memang tiada duit. Siapa nak bagi saya duit kalau saya tak berniaga.

“Takkan nak harap anak, mereka ada komitmen sendiri. Hari itu saya sakit darah rendah tapi tak masuk hospital kerana takut kena bayar,” katanya sebak.

Menurutnya, dia pernah memperolehi keuntungan RM5,000 apabila berniaga selama dua minggu di Pusat Dagangan Dunia semasa tiada tawaran berlakon.

“Saya amat mengharapkan sekurang-kurangnya dapat berlakon satu episod bagi menambah pendapatan.

“Itu pun jadilah. Alhamdulillah sangat-sangat. Dapat juga wang. Ini dah beberapa bulan tiada tawaran,” katanya yang tinggal bersendirian di Kepong.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker