Kediaman Muhyiddin terus dikunjungi menteri

Sebaran :

KUALA LUMPUR – Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini terus dikunjungi menteri-menteri Kabinet pada Rabu.

Pada jam 5.45 petang, dilihat sebuah kenderaan dengan plat pendaftaran ‘Menteri’ memasuki ke kediaman Muhyiddin.

Sekumpulan petugas media tempatan ketika ini turut berada di luar kawasan rumah Muhyiddin.

Pada Rabu, Muhyiddin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan terdapat lapan ahli Parlimen UMNO yang menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menarik sokongan kepadanya.

Muhyiddin berkata, Seri Paduka Baginda berkenaan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan menerusi usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada September nanti.

Kediaman Muhyiddin terus dikunjungi menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zuraida biadap dengan Agong – Hans Isaac


Sebaran :

Leave a Reply